Wednesday, February 25, 2009

WEDDING CAKES

Kek Perkahwinan 3 tingkat ni telah ditempah oleh C. Rozita (SK Malim) untuk perkahwinan anak buahnya di Taman Tun Rahah, Bukit Katil. Majlis perkahwinan ni sebenarnya telah pun berlangsung pada bulan 11 atau 12 tahun lepas....dah lupa la...Masa tu aku lupa plak nak bwk kamera...tu yang mengharapkan gambar daripada kamera keluarga pengantin....baru ni la dapat gambar tu....Tema kek warna hijau epal..........meh la jamu mata.........


Adegan memotong kek........

Adegan suap menyuap pulak......ewah........bukak la mulut yang.....abang nak suap nie.......

CUPCAKES

Tempahan daripada Kak Maziah yang bekerja di pejabat lawyer di Melaka Raya untuk diberi kepada semua stafnya yang berjumlah lebih kurang 40 orang....sebagai tanda penghargaan kerana beliau telah naik pangkat/jawatan......sebanyak 4 kotak telah diordernya....



petang tu jugak dapat sms daripada Kak Maziah yang mengatakan staf kat opisnya suka cupcakes tuh...dan ada yg kata sayang nak makan sbb cute sgt dan sedap.....terima kasih yer kak....kepada staf opis Kak Maziah, makan yer...jgn x makan....


Cuppies ni ditempah oleh U. Aizah (SK Malim)...rupa-rupanya cuppies ni untuk meraikan hari lahir anaknya yang sepatutnya disambut pada bulan Januari lepas...ni mesti busy memanjang...maklumlah guru..awal tahun kan sememangnya busy...cam laki aku gak....



BLACKFOREST CAKES & PANDAN LAYER

Jimmy Neutron telah menempah kek Blackforest ni untuk menyambut Hari lahir anaknya yang pertama..ha..apa?!...Jimmy Neutron kartun yang kat TV ke ?..ha..ha..ha...bukannya kartun kat TV tu tapi ofismate aku kat KYM namanya Jimi...jangan mare yer......



Inilah kek Blacforest yang telah dimasukkan unsur2 kekanak-kanakkan.....





Pandan layer yang telah ditempah oleh Sharofazleena (KYM), seorang ibu mengandung yang telah mengidam nak makan kek ni.....



Kemudiannya Dak Sharofazleena telah memberi rasa kek pandan ni kepada Dak Azehlina (kawan sebelahnya kat opis)....Disebabkan rasa keenakannya, maka Azehlina pun telah tergoda pula untuk mengodernya...


Tuesday, February 17, 2009

MAGIC JELLY

Ha...memperkenalkan produk terbaru aku..."Magic Jelly". Ada berani????? kalau berani cubalah tempah.....hua..hua...hua...sebenarnya ada 2 love kat situ...tapi dah terkoyak pulak love yang lagi satu tu.....untuk makluman, bunga tu semua boleh dimakan...ianya daripada agar2 jugak.....Sesuai untuk dijadikan hantaran pertunangan, perkahwinan, majlis makan beradap dan majlis2 lain...



pandangan sisi.........


CUPCAKES FOR BIRTHDAY

Cupcakes ni telah ditempah oleh Mastura (KYM) untuk Hari Lahir anaknya Wafi...eh...sama nama dengan anak aku la. tapi ejaan nama anak aku WAFIY...






DOORGIFT CUP CAKES

Kedua-dua cupcakes nie sesuai utk dijadikan door gift bg majlis2 keraian. Aku buat cupcakes ni khas untuk sepupu aku di Kg Sg Lang Baru, Banting, Selangor sempena majlis pertunangan anaknya pada 15 Februari 2009 (Ahad). Sebanyak 150 biji cupcakes telah aku siapkan untuk majlis tersebut.

Cupcake tanpa toping ni bersaiz 9" yang dimasukkan ke dalam bekas dadih.


yang ini pulak saiznya 12" dan dipack dlm bekas "angel box".


telah siap dimasukkan didalam kotak untuk dibawa balik kampung......



Kek Pandan Layer yang telah ditempah oleh Masita(KYM). Sebenarnya yang order ni adalah org lain (malu ker nak order ?)....maklumlah lelaki...mungkin tak biasa nak tempah kek ni agaknya...


Sunday, February 08, 2009

FISHING THEME CUPCAKES

Tempahan cupcakes kali ni aku terima daripada Lin (Pokok Mangga) untuk meraikan hari lahir suaminya yang tersayang....Beliau minta cupcakes tersebut bertemakan memancing kerana suaminya ni minat memancing....Jadi inilah hasil.....


Lin telah sms dan bagitau yang suaminya amat gembira sekali menerima cupcakes ini...emm...seronok mendengarnya...

CUPCAKES UNTUK HANTARAN

Erni daripada Duyong telah membuat tempahan cupcakes untuk kali kedua. Kali ini cupcakes yang ditempahnya adalah untuk dijadikan hantaran abang iparnya. Temanya adalah warna oren. Jom layannn..........





Gambar close up.....







Cupcakes yang telah siap dimasukkan dalam kotak hantaran.....



Thursday, February 05, 2009

CUPCAKES FOR KIDS

Nampaknya kat Melaka ni baru nak mula trend cupcakes yer...dalam minggu ni tempahan semuanya nak cupcakes sama ada untuk majlis Hari Lahir mahupun untuk hantaran...ni salah satu tempahan yang telah aku siapkan....Penempah cupcakes ini ialah Erni daripada Duyong tapi kerja kat Proton Malim..katanya untuk sambutan majlis hari lahir anaknya di tadika...beliau telah menempah 2 kotak cupcakes (Strawberry dan Oren ).
Kotak yang pertama...................



Ni pulak kotak yang kedua...........


ni setelah digabungkan....ada 50 biji cupcakes .....ready to eat......

BLACKFOREST CAKES FOR KIDS

Emm......pelanggan ni (kakak kepada C. Jamilah) call nak mintak kek Blackforest untuk Hari Lahir anaknya...Aku fikir punya fikir camner yer kek ni nak nampakkan ala kanak-kanak....so..aku pun letakkan kepala clowns ni diantara marachino cherry tuh...dan kemudian aku buatkan badan clown nie...amacam...ok tak?...harap-harap pelanggan ni berpuashati lah yer.......

pandangan atas kek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...