Thursday, April 23, 2009

SPONGE CAKES

Sponge Cake berperisa pandan yang menjadi kegemaran anak kepada C.Sheila daripada Bukit Rambai. Sengaja aku buatkan tema pemandangan di tepi pantai............

BLUEBERRY CAKES

Tempahan daripada C.Zulhazmi (Lorong Pandan)..........




Tuesday, April 21, 2009

STRAWBERRY CAKES

Kek ini jarang sekali ditempah oleh customer. Sbb tuh stok strawberry filling aku memang x banyak...so kalau ada sesiapa yang nak tempah kek ni kena bagitau awal tau...filing tu aku beli kat KL sbb rasanyer yang sedap. Kek kat bawah ni ditempah oleh C.Ain (SK Malim) sempena harijadinya yang ke-25. Masih muda lagi rupanyer dia nie....Kejap lagi nak jadi pengantin la pulak kan...he..he..he..

Monday, April 20, 2009

CUPCAKES

Tempahan kedua daripada Aisah (Honda). Set cupcakes ni untuk diberikan kepada ahli komitinya yang telah sama-sama bertungkus-lumus dalam menjayakan "Supplier Conference" pada minggu lepas...Beliau telah menempah sebanyak 23 set....

Monday, April 13, 2009

"CUKUR JAMBUL" CUPCAKES

Cupcakes ini ditempah oleh sepupu aku untuk majlis cukur jambul cucu sulungnya....hai...jadi nenek muda yer...............
Inilah dia MOHD QALIF DANISH.....comelnya dia....sepet2 gitu matanya..macam mak & bapaknya....
sekitar majlis cukur jambul............ni lah pertama kali aku lihat majlis cukur jambul di Melaka untuk org2 pompuan.....rumah sepupu aku ni kat Kg Gelam....kalau kat Selangor majlis ni utk org lelaki jer..........
acara mencukur jambul..........

CHOCOLATE MOIST CAKES

Tempahan kedua daripada Aslin MMU, Bukit Beruang untuk menyambut Hari Lahir suaminya. Beliau meminta kek Chocolate Moist yang berbentuk love...

Tuesday, April 07, 2009

WINNIE THE POOH

Tempahan kali ini aku terima daripada Ain (Bukit Naning). Kek yang diminta adalah kek kartun yang dilukis dengan gambar Pooh.

CHOCOLATE MOIST CAKES

Chocolate Moist Cakes dengan deco sebakul roses buttercream ni , ditempah oleh seorang anak untuk meraikan Hari Lahir ibu yang amat disayanginya......Penempah kek ini adalah kawan kepada C.Ain (SK Malim).
Kek ini pula ditempah oleh C.Norma dari SK Malim untuk Hari Lahir anaknya....


Sunday, April 05, 2009

SET HANTARAN AGAR2, CUPCAKES & CHOCOLATE MOIST CAKES

Aku telah diberi kepercayaan oleh Idayu (Rumbia) untuk membuat 3 set hantaran iaitu agar2, cupcakes dan chocolate moist cake. Idayu ni keje kat KL rupanyer....oh..yer...3 set hantaran ni untuk majlis pernikahannya pada 3 April 09....dapat orang Kota tinggi, Johor katenyer....Tentu seronok org Kota dapat banyak hantaran berbentuk makanan....pada pandangan saya, bagus perbanyakkan hantaran yang berbentuk makanan tak kira la apa...sebab boleh dirasa oleh semua sedara mare...dapat sikit2 jadila.....Tema Idayu adalah coklat + Gold..
Set Hantaran Cupcakes (Buttercream + Gumpaste Topper)




Set Hantaran Agar2 Cendol




Set Hantaran Chocolate Moist Cake



Ketiga-tiga set hantaran .................



Terima kasih Idayu....Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat...........

CHOCOLATE MOIST CAKES

Yanti daripada PD telah menempah kek coklat ni untuk meraikan hari lahir ayahnya di Batu Berendam, Melaka. Sesiapa nak makan asam pedas masakan keluarga Yanti silalah ke datang ke kedai makan mereka di simpang 4 dekat Family store. Bila-bila nanti aku pun nak merasa penangan asam pedas keluarga Yanti nie....
emmm...kek coklat ni pulak ditempah oleh C.Rohainu dari Tmn Merdeka, Batu Berendam.

Tempahan daripada U.Maznah (Tmn Cheng Setia) .

Friday, April 03, 2009

CUPCAKES

Tempahan cupcakes kali ini adalah daripada Aishah (Honda, Alor Gajah) untuk majlis Farewell kakitangan di Honda. Majlis dibuat di salah sebuah restoran di Bandar Hilir Melaka. 70 biji cupcakes ni utk doorgift kepada mereka



CUPCAKES FOR HANTARAN

Cupcakes (Buttercream + gumpaste topper) bertemakan purple ni adalah order daripada Nurul Hidayah (Batu Berendam) untuk kawannya... Nurul ni adalah student MMU....
emm...lawa jugak warna purple ni yek...

yang tadi tuh student MMU..dan yang ni plak order dari staf MMU...Aslin namanyer....tempahan ni utk hantaran adiknya.....tema dia coklat + gold...


DEMAM....DEMAM...DEMAMM....

Huh.....seminggu jugak aku demam.....kalau budak kecik demam sbb nak tumbuh gigi....ni aku demam sbb kena cabut gigi...kah..kah..kah...dah tua la katakan...dlm masa tu jgk aku x larat nak update blog.....tapi tempahan kek tetap aku siapkan.....sebab org dah order dari awal kan.....nanti aku akan upload gambar2 hasil kek yang telah aku buat....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...