Minggu ni adalah minggu yang paling meletihkan bagi aku....banyak tempahan yang aku terima terutamanya cupcakes....
Ni adalah tempahan yang aku terima daripada SK Malim untuk Jamuan Akhir Tahun sekolah yang dibuat di Air Keroh Country Resor(AKCR)...Kek yang diminta adalah 2 kg Chocolate Moist Cakes. Aku fikir-fikir jamuan ni dah la nak dibuat di AKCR, takkan la keknya bentuk biasanya ajer...So aku buat la ala-ala kek kahwin dan aku sponsor lagi 1kg. Ha jadi la kek 3 tingkat ni....Kenapa aku sponsor 1 kg lagi adalah sebab kebanyakan pelanggan aku terdiri daripada guru-guru sekolah ni...Inilah tandanya terima kasih aku terhadap mereka kerana membeli kek2 aku dan seterusnya menyokong barangan buatan Muslim.....he..he..he..



Tempahan cupcakes daripada SK Taman Bukit Rambai untuk Kanak-kanak Pra Sekolah seramai 50 orang....Satu set box ini mengandungi 9 biji cupcakes...ada 50 box bermakna 450 biji cupccakes yang aku buat...wah...jenuh jugak nak melukis cupcakes ni....apalagi..dengan suamiku sekali aku mintak tolong.....Sampai tak tido malam kitaorang....
Ni yang telah siap dipacking.....

Ni la cupcakes yang aku buat khas untuk kanak-kanak Pra Sekolah dan aku telah meletakkan lilin di atas cupcakes tersebut.......

Chocolate Moist + Ganache + Buttercream Cupcakes ni pulak ditempah oleh guru di SK Tmn Bukit ...lupa pulak namanya. Layan........

Chocolate Moist Cakes ditempah oleh Kak Ainon drpd SK Tmn Bukit Rambai...Katanya nak bawak balik ke Kedah...Jauh juga kek ni nak berjalan ye...Harap-harapnya selamat kek ni sampai ke destinasinya....

Minggu ni banyak pulak tempahan daripada SK Tmn Bukit Rambai....Chocolate Moist Cakes ni ditempah untuk Jamuan Akhir Tahun Kelas Pendidikan Khas sekolah tersebut...

Ha...Chocolate Moist Cakes ni di tempah oleh C. Sheila (SK Malim)..em...dua biji jugak ditempahnya....Nak bagi sape pulak la ni.....Dia ni kan pelanggan tetap setia aku....Terima kasih la sebab selalu menempah kek daripada aku ni....Dah lebih 10 biji kek jugak yang pernah ditempahnya....
No comments:
Post a Comment