Monday, March 30, 2009

CHOCOLATE MOIST CAKES

Kek ditempah oleh C. Fateha daripada Padang Temu untuk menyambut ulangtahun Hari Kelahiran suaminya yang tercinta.

Monday, March 23, 2009

FONDANT CAKES

Kek fondant yang berbungakan daisy nie aku buat utk hantaran pertunangan sepupu aku pada hari Sabtu yang lepas. Sebenarnya dah lama aku mengidam nak buat bunga daisy nie...akhirnya tercapai jugak la niat aku tuh.......
pandangan kek daripada atas.....
ni la sepupu aku tu........satu2nya anak perempuan dalam keluarganya .........
13 dulang hantaran daripada pihak perempuan...

utk doorgift kepada rombongan pihak lelaki dan tetamu...aku telah sumbangkan kuih deram comel yang telah dipack dlm bekas-bekas kecil.


WEDDING CAKES

Kek kahwin 3 tingkat nie aku buat utk majlis perkahwinan adik kepada Sharofazleena yang diadakan pada 15 Mac 2009 di Malim, Melaka.

Aksi pengantin yang sedang memotong kek....

emmm...apalagi yg difikirkan tuh...

Kesemua gambar aksi memotong kek ni diambil oleh jurugambar profesional iaitu En.TAKA (0122593240). Jadi sesiapa yang berminat utk mendapatkan khidmat beliau, sila hubungi no.tel yang tertera.

Friday, March 20, 2009

KEK SI KEMBAR

Pertama kali aku membuat kek untuk si kembar. Kek ni adalah untuk Anis dan Akif, si kembar yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang keempat.....Tempahan telah dibuat oleh bapanya, En Salleh.....

CHOCOLATE MOIST CAKES

C.Ain dari SK Malim telah membuat tempahan kek coklat ini untuk Iqa...Iqa?...siapa Iqa tu yer?.heh..heh..lupa lak nak tanyer....adiknyer kot....

Wednesday, March 18, 2009

CUPCAKES WITH GUMPASTE FLOWER

Cupcakes ini aku buat untuk memenuhi tempahan officemate aku, Sharofazleena (KYM) untuk hantaran majlis pernikahan adiknya di Semerah, Batu Pahat, Johor. Temanya adalah biru turqouise dan putih ...akhirnya setelah campur punye campur warna biru ngan kuning..dapatlah warna yang dikehendaki........tada....aku telah meletakkan di atas swirl buttercream tu dengan simple gumpaste flower dan love...

cupcakes yang telah dimasukkan di dalam kotak

ni adalah sebahagian daripada cupcakes tanpa toping untuk diberikan kepada tetamu yang turut ditempah oleh Sharofazleena...sebanyak 1000 biji telah aku siapkan...

Tuesday, March 17, 2009

FONDANT CUPCAKES

Hasil keluaran yang pertama..........fondant cupcakes berbentuk topi...



setelah dimasukkan di dalam kotak hantaran transparent..........

MY FIRST FONDANT CAKES

Huh....berjaya jugak akhirnya aku membuat kek fondant nie...setelah sekian lama aku blaja...ni ha hasilnya.....dalamnya adalah kek butter oren....design yang simple....kek ni aku hadiahkan utk anak buah aku utk dijadikan hantaran semasa majlis pernikahannya di Kuala Lipis Pahang....

Wednesday, March 11, 2009

MAGIC JELLY

Jeng..jeng..jeng...nie ha aku nak memperkenalkan satu lagi versi agar-agar set untuk hantaran....kandungan agar-agar ini adalah cendol...ada yang bertanya...bunga tu boleh dimakan ker? untuk makluman semua...bunga2 tu diperbuat daripada agar2 juga...so dah tentu boleh dimakan....nak buat bunga2 tuh semuanya perlukan kesabaran dan ketekunan....kena mengadap sampai siap...tapi hasilnya berbaloi jugak kan....


Pandangan sisi....

Gambar close up bunga-bungaan..

Gambar close up bunga daripada sisi.......

Pandangan atas agar-agar...

Agar-agar yang telah siap dimasukkan ke dalam kotak transparent dan dihiasi riben...sesuai untuk hantaran pertunangan atau pernikahan....


Tuesday, March 10, 2009

CUPCAKES FOR HANTARAN

Yusmalisza, salah seorang pelanggan yang pernah menempah cupcakes untuk hantaran perkahwinannya dulu telah mensms aku kembali....kali ni nak tempah cupcakes untuk sepupunya pulak...nak warna kuning lembut katanyer...Jom tengok....


gambar close up...




CUPCAKES

Colourful cupcakes ni ditempah oleh U. Aizah dr SK Malim untuk makan-makan ajer...Beliau kata design ikut suka hati aku...jadi inilah design suka hati aku....he..he.he..

CHOCOLATE MOIST CAKES

Chocolate Moist Cakes muncul kembali.......kali ni kek ini ditempah oleh loyal customer aku ...tak lain dan tak bukan adalah C.Sheila (SK Malim)....

BLACKFOREST CAKES

assalamualaikum semua.....huh...dah lama jugak aku tak update blog nie....emmm...ni adalah tempahan kek oleh kawan kepada C.Ain (SK Malim). Namanyer siapa yer....waduh2 lupa pulak untuk bertanyakannya.....

Monday, March 02, 2009

CARTOON CHARACTER CAKES

Mezzelina, seorang Pustakawan di KYM telah membuat tempahan kek kartun untuk menyambut Hari Lahir anaknya dan anak buahnya sekali....dua-duanya berumur 4 tahun...senang yer sekali gus...Jimat belanja....Beliau nak kek Minnie Mouse...Jom tengok.....






CHOCOLATE MOIST CAKES

Emm...lama gak tak buat kek coklat nie....mana taknya...sekarang nie musim Blackforest....kedua-dua biji kek Coklat Moist nie ditempah oleh salah seorang follower aku, Eazy...

Yang nie untuk sajer makan-makan katanya...


yang lagi satu nie untuk dihadiahkan kepada keluarga En Zainal sebagai pengganti dirinya sebab x dpt datang ke majlis cukur jambul anaknya...






BLACKFOREST CAKES

Tempahan Blackforest Cakes oleh Rahmat(KYM)untuk Hari Lahir anaknya....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...