Wednesday, May 27, 2009

TEACHERS' DAY CUPCAKES

Hujung minggu lepas aku agak sibuk dengan tempahan untuk Hari Guru. Di kesempatan ini aku juga nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru yang pernah mengajar aku secara langsung dari tadika hinggalah ke U. Selamat Hari Guru juga kepada mereka yang pernah mengajar aku dalam bidang bakeri nie....Halalkan lah segala ilmu yang telah diberikan...Semoga semua guru-guru ku ini akan mendapat rahmat daripada Allah dan keberkatan hidup....tak lupa juga kepada suamiku, "Selamat Hari Guru". Jadilah seorang pendidik yang cemerlang dan berkualiti.....
Design semasa Hari Guru........

Tempahan daripada Kak Norliza daripada SK Serkam. Beliau telah menempah sebanyak 100 pcs. (single casing)

Tempahan daripada Kak Maziah(Merlimau)...Beliau menempah set 2 pcs cupcakes sebanyak 60 set.

Cikgu Puspalatha daripada Paya Rumput telah menempah sebanyak 20 set untuk guru-guru di Tadika anaknya...
Set 3 pcs cupcakes sebanyak 100 pcs telah ditempah oleh sepupu aku di SK Bukit Rambai untuk guru-guru dan staf di sana...




untuk set 4 pcs cupcakes pula telah ditempah oleh C. Sheila (Tanjung Minyak) sebanyak 14 set.

Yang ni pulak untuk guru-guru yang mengajar anak aku...

Saturday, May 23, 2009

MANCHESTER UNITED CAKES

Kak Maziah (Merlimau) telah menempah kek coklat moist yang bertemakan Manchester United untuk besday suaminya.....nampaknya suaminya nie peminat MU....

UPIN & IPIN CAKES

Upin dan Ipin, kartun malaysia yang berjaya menambat hati dan menjadi kesukaan kanak-kanak sekarang nie...........salah sorang peminatnya adalah anak kepada Jazlin (Pokok Mangga)...Kek ni untuk meraikan hari lahirnya yang kedua tahun...........ada macam rupa upin & ipin tak ? siap pegang ayam tu si Ipin..........


FISHING THEME CAKES

Tema memancing ni nampaknya menjadi kegemaran sepupu kepada Kak Hawa..untuk dihadiahkan sempena hari lahir ayah beliau yang mgkn suka memancing........sepupu kak Hawa nie sebenarnya berkenan dgn cupcakes memancing yg pernah aku buat dulu utk Lin (Pokok Mangga). Tapi beliau nak lukis atas kek....so aku ubah ckt gmbar tuh sesuai utk kek...

Friday, May 22, 2009

CUPCAKES FOR MOM'S BIRTHDAY

Jarang sekali lelaki membuat tempahan kek...Tapi kali ini aku mendapat sms daripada kawan adik aku nak tempah cupcakes utk besday ibunya....pada mulanya aku ingat dia nie pompuan...tapi bila dia call rupanya lelaki...Rain namanya....rumahnya di Batu Berendam tapi skg ni keje kat Shah Alam....sebelum nie dia keje kat Melaka Hari Ini (MHI)...Bagusnya Rain nie sebab dia ingat besday maknya....mereka celebrate di ikan bakar Umbai....siap bagi tema nak warna biru....mgkn warna kegemaran emaknya....

Wednesday, May 20, 2009

MOTHERS DAY CUPCAKES

Emmm.........dah lama jugak aku tak update blog nie....sibuk sikit la akhir-akhir nie...baru ni la sempat...ni adalah tempahan sempena Hari Ibu pada 10 Mei 2009 yang lalu.........

Tempahan oleh Azue (Simpang 4, Alor Gajah). Beliau telah menempah sebanyak 3 set cupcakes..........

Set 1 (Purple)


Set 2 (Biru Turqouise)




Set 3 (Pink & Biru)



Tempahan oleh Ernie...Rupanya ernie nie duduk kat KL...cupcakes ni utk bakal mak mertuanya di Bukit Katil Melaka...



Monday, May 04, 2009

3 TIER WEDDING CAKES

Masyitah daripada Masjid Tanah telah menempah kek perkahwinan 3 tingkat ini untuk majlis perkahwinannya pada 2 Mei 09 yang lalu. Tema beliau adalah Coklat & Gold. Beliau ni rupanya RA dekat UTem.




Upacara pemotongan kek sedang dilakukan.........


Sunday, May 03, 2009

CUPCAKES

Tema cupcakes yang ditempah oleh Shazila dari Batu Berendam ni ialah Cooking dan bus equipment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...