Friday, July 31, 2009

SET HANTARAN CUPCAKES

Set Hantaran Cupcakes ini ditempah oleh Riniy untuk majlis pertunangan adiknya...temanya hitam dan silver. Beliau nak sama deco dgn tempahan yang pernah dibuat oleh Shazila (Batu Berendam).


Cupcakes tema hijau ni pulak adalah tempahan oleh Faezah Noor daripada Cheng untuk hantaran perkahwinan adiknya..




Thursday, July 30, 2009

APAM MEKAR / APAM BUNGA

APAM MEKAR / APAM BUNGA


Harga :
RM 15 (50 pcs)
(warna apam boleh ditukar ikut citarasa pelanggan)


Harga :

RM 16 (50 pcs)
Filling : Pandan Kaya

Minimum order adalah 50 biji.  Harga boleh dirunding sekiranya tempahan dalam kuantiti yang banyak.

____________________________________________________________________________________

KUIH BAKAR


Kuih Bakar Pandan = RM 3.00/pcs
Kuih Bakar Jagung = RM 3.20/pcs

Minimum order adalah 5 biji. Harga boleh dirunding sekiranya tempahan dalam kuantiti yang banyak.




Monday, July 27, 2009

EDIBLE IMAGE CAKES

Tempahan oleh Sahara daripada Cheng sempena Ulangtahun perkahwinannya yang pertama. Edible image tu adalah gambar masa persandingannya setahun yang lepas....Kek yang diminta ni adalah coklat moist cakes.


Edible Image Cakes yang ada gambar 2 orang knak2 perempuan nie ditempah oleh Syarina (Lorong Pandan). Nak sambut birthday 2 org anaknya sekaligus.. Keknya adalah Isza Chocolate Special..sesuai dgn kanak2 yg sukakan coklat dan x muak bila makan kek nie.....

Saturday, July 25, 2009

CUPCAKES

Set cupcakes ini ditempah oleh Evonne daripada KL untuk birthday adiknya di Batu Berendam. Beliau nak cupcakes tu dimasukkan dalam kotak transparent sama macam set hantaran. Nak buat surprise katanya....





Set cupcakes ini pulak ditempah oleh Din Mamantaro (KYM) untuk menyambut besday mak mertuanya.



Aslin (MMU) menempah cupcakes ini untuk menyambut anniversary perkahwinannya yg dah menjangkau 6 tahun...tahniah...semoga hubungan perkahwinan ni semakin erat dan berkekalan.......Insyaallah.




Liza Yamin menempah set cupcakes ni utk makan2 bersama team teaternya...beliau ni seorang yg aktif berteater..


Thursday, July 23, 2009

BLUEBERRY CAKES

Tempahan oleh C.Maizatul (SK Malim).......



Ain daripada SK Malim juga telah membuat tempahan kek blueberry ni untuk sambutan besday di sekolah. sekali sambut utk 10 org tu....jimattt...he..he..he..


Sunday, July 19, 2009

FATHERS DAY CAKES & CUPCAKES

Ni adalah tempahan semasa Fathers Day yang lepas. Walaupun dah lama berlalu tapi layannnnnnn.......
Ezanoor telah menempah cupcakes yang berdesign vespa yang menjadi kesayangan bapanya....kalau x salah bapanya nie polis............

Set cupcakes yang ditempah oleh Ainu drpd Peringgit ..............


Blackforest Cakes ditempah oleh U.Salimi (A.Gajah)


K.Elva (Paya Rumput) juga telah menempah Kek Blackforest sempena Fathers Day ni.......
U.Jasmy (Cheng) telah membuat tempahan Kek Blueberry...........



Kek Mocha ni aku buat khusus utk babysitter aku..........

CHOCOLATE MOIST CAKES

  • Tempahan kek chocolate moist................
  • Efamaira (cheng) untuk besday suaminya. Nak buat surprise katanya...he..he..he..jadi ke nak wat kat kebun......
  • Zulhairi (KYM) untuk isterinya yang tercinta..............
  • C.Fateha (Padang Temu) untuk makan2 bersama makciknya yg datang dr Johor.....
  • K.Darina (KYM) utk menyambut besday adiknya di Bangi..................
  • K.Zira (Tmn Tg. Minyak) untuk besday husband yang tersayang.......

  • U.Salimi (Alor Gajah) telah menempah 2 biji kek ini sempena besday anaknya..............

  • K.Elva (Paya Rumput) telah menempah kek coklat nie utk makan2...nampaknya kek nie telah berjaya menepati taste kak elva sekeluarga....

2nd order drpd K.Elva... dijadikan buah tangan utk kawannya yg baru dpt baby...

3rd order pulak utk diberi kpd jirannya yg melangsungkan perkahwinan.........

  • 4th order untuk meraikan besday adiknya....................
  • Sempena menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama satu2nya anak lelaki (buat masa nie la), C.Sheila (SK Malim) telah menempah 5 biji kek coklat sekaligus.....satu untuk sambutan di rumah dan 4 lagi untuk diberikan kepada geng2nya yang diberi nama Geng Nasi Lemak. Untung la kekawannya dpt kek lagi............

yang ni utk sambutan di rumah...



untuk Geng Nasi Lemak.........



  • Selang beberapa hari C.Sheila telah menempah lagi kek coklat moist nie untuk dihadiahkan sempena besday anak kawannya .......

Kek Coklat ini untuk besday C.Sheila dan C.Aisyah..........

  • K.Maziah (Merlimau) menempah 2 biji kek untuk sambutan besday anaknya di rumah dan disekolah...........




Sempena kedatangan saudara mara K.Maziah daripada Kedah ke rumahnya, beliau telah menempah kek untuk makan-makan.........

Tuesday, July 07, 2009

WEDDING CUPCAKES TOWER

Majlis persandingan pengantin ini (yg aku lupa namanya) telah selamat diadakan pada hari Ahad 28 Jun 2009 yang lepas. Sebenarnya yang membuat tempahan set cupcakes ni adalah Faezah (anak angkat keluarga pengantin). Terima kasih yer Faezah...Majlis ini diadakan di Dewan Ar-Rasyidin, Alor Gajah. Aku dimaklumkan dgn emak pengantin, dia ni la sorang anak lelaki dan anak sulung pulak tuh....keje kat uTem.



Pertama kali aku mendapat tempahan wedding cupcakes tower nie.....




Yang atas sekali nie adalah Kek coklat moist.........


Cupcakesnya ni adalah perasa coklat dan aku telah letakkan di atasnya dengan bunga daisy daripada gumpaste.



Saat-saat indah memotong kek..........


ha...suap jangan tak suap...........




Majlis ni juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian dondang sayang (kalau tak salah aku la...)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...