Wednesday, June 24, 2009

SET HANTARAN CUPCAKES (BC + GUMPASTE)

Tempahan oleh Anisa (CTRM) untuk majlis pertunangan kawannya.................


Tempahan oleh Shazila (Batu Berendam)



Tempahan oleh Hilmi (Peringgit)..........



SET HANTARAN CUPCAKES (BUTTERCREAM)

Set hantaran ini telah ditempah oleh Nurul Hidayah untuk majlis pertunangannya pada 9/5/09 yang lalu.





Tuesday, June 23, 2009

CAKES FOR HANTARAN

Basketweave Cakes ini ditempah oleh Aishah (Alor Gajah) untuk hantaran perkahwinan sepupunya.



Tempahan oleh Kak Lina (Tg Minyak) untuk staff di opis husbandnya yang akan melangsungkan perkahwinannya........


Friday, June 19, 2009

GREEN WEDDING CAKES

Hijau....warna yang kerap menjadi tema dalam majlis perkahwinan...Begitu juga dengan pasangan pengantin ini yang memilih hijau sebagai warna tema perkahwinanya...majlis perkahwinan ini diadakan di Kg Krubong, Melaka....kalau tak silap, pengantin perempuan ini anak kepada pensyarah UiTM Melaka.

Pandangan atas kek........

Tingkat bawah kek.............


Tema hijau ini juga menjadi pilihan kepada pasangan Iddin dan Sazs daripada Kg Air Limau, Masjid Tanah, Melaka. Majlis potong kek ni diadakan pada waktu malam...tu yg gmbar x berapa clear....





Wednesday, June 17, 2009

SPONGEBOB CAKES

Kartun kegemaran ramai Spongebob ni turut digemari oleh Hakimie (anak kepada Kak Lina-Tg Minyak). So hari lahir tahun nie, dia nak gmbr spongebob atas kek dia.....


Tuesday, June 16, 2009

CUPCAKES

BEN 10 Cupcakes ini ditempah oleh Efamaira utk besday anaknya...beliau ni rupa2nya duduk kat taman sebelah taman aku...beliau ada personal blog...http://hotsweetcorner.blogspot.com/. Layannnn...........
Kak Maziah (Merlimau) tempah cupcakes ni utk dijamu kepada sepupunya yg datang daripada Kedah semasa cuti sekolah yang lepas.....selain daripada cupcakes beliau juga telah menempah kek coklat Moist.

Kak Lina daripada Tg. Minyak menempah cupcakes sebanyak 50 pcs + casing utk diberikan kepada kawannya yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Pulau Gadong..Design nie atas permintaan beliau...



Sunday, June 14, 2009

GREEN & PINK WEDDING CAKES

Pada 7 Jun 2009 yang lepas aku telah mendapat tempahan untuk membuat kek kahwin 2 tingkat untuk pasangan pengantin kat bawah nie...sorry la lupa plakk namanya...Kek yang aku kena buat tu bertemakan warna pink dan hijau...emm..nie first time aku buat kek dgn 2 warna tema...sebenarnya utk kek kahwin ni, aku sukakan kek yang gabungan warnanya putih sebagai based dan warna tema.

Majlis perkahwinan ini diadakan di Dewan JAPERUN, Sungai Udang, Melaka berhampiran dgn Kem Terendak. First time aku setting wedding cakes ni kat dewan. Sebelum ni banyak buat kat rumah pengantin jer...Itu yg ada gabra ckt..sbb ramainye org yang memandang.....


Kek kahwin ni aku buat hijau sebagai based disamping warna pink utk bunga & bordernya...



Tingkat atas kek..........


Pandangan bawah kek.......ada 10 biji free cupcakes (M size) yg aku letak keliling kek.....


Rupa-rupanya pengantin lelaki adalah army....so ada la sesi khas nak potong kek...pengantin lelaki nak pakai baju One Dress disamping pengantin perempuan memakai baju gaun....

Saat memotong kek.......

Acara last dalam kek kahwin nie adalah suap-menyuap..........

DOORGIFT CUPCAKES

Cupcakes budget ni ditempah oleh U.Salimi untuk majlis perkahwinan adiknya di Kampung Air Limau Masjid Tanah Melaka. Beliau telah menempah sebanyak 700 biji dan siap dimasukkan di dalam bekas.




Aisah (Alor gajah) telah membuat tempahan doorgift cupcakes ini sebanyak 550 biji. Cupcakes ini rupa2nya nak di bawa ke KL..kalau x salah rumah makciknya yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya....




Monday, June 08, 2009

ORANGE WEDDING CAKES

Kali ini kek perkahwinan tema oren telah diminta oleh C.Rozita untuk majlis perkahwinan anak saudaranya di Bukit Beruang, Melaka.
Meh kita tengok dekat sikit.....



Saturday, June 06, 2009

EDIBLE IMAGE CAKES

Edible Image Cakes.......tak ramai orang yang order kek yang ada edible image atasnya.....mgkn ramai yang x tahu .........sebenarnya edile image nie boleh diletak atas apa2 jenis kek dan yang pentingnya boleh di makan dan halal lagi.....
kek ini aku buat khas untuk officemate aku (Kak Su) yang telah berhenti keje akhir Mei lepas.........Beliau nak buat fulltime AMWAY disamping keje2 freelance yg lain.....First time beliau nampak kek ni, beliau rasa teruja dan gembira........dalamnya adalah kek isza chocolate special......kawan2 opis nie yg mendesign gambar dan membuat kata2 tuh....tp x berapa nampak la kalau nak baca ekk.........



Aksi Kak Su memegang kek............gembira nampaknya dia.........eh...bukan ke sepatutnya kena bersedih.........rasanya dah 11 tahun jugak keja kat sini kan.........





Saat-saat memotong kek perpisahan...........pun masih gembira lagi.....dalam hati sedih woo....


nie sape pulak ramai2 nie.............ha..inilah kawan2 yg satu opis ngan aku dan kak su..........eh...mana aku ha tak nampak pun.......la....patut la tak nampak sebabnya aku yang tukang amik gmbr nie....jadi muka aku ada disebalik gmbr nie....he..he..he...


apa pun kak Su , SEMOGA BERJAYA DALAM BIDANG YANG DICEBURI.

Wednesday, June 03, 2009

RED THEME WEDDING CAKES

Kek perkahwinan 2 tingkat ini telah ditempah oleh Ain (Durian Tunggal ) semasa Majlis Perkahwinannya pada 2 Mei yang lalu...Beliau telah memilih warna merah sebagai tema majlis perkahwinannya...




Tuesday, June 02, 2009

KEK HANTARAN

Kek Hantaran bertemakan biru turquoise dan putih ini ditempah oleh K.Lia daripada Bertam Hulu untuk hantaran majlis perkahwinan adiknya di Rembau, N9. Beliau telah menempah 2 set kek untuk kedua-dua belah pihak.





Set yang kedua...........








Yang ni pulak tempahan daripada Nurul Hidayah sempena Majlis Pertunangannya yang lepas........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...