Sunday, November 30, 2008

KEK PERKAHWINAN & HANTARAN

Cuti sekolah ni musim orang kahwin.....kalau kita jalan-jalan kita akan nampakla banyak khemah-khemah majlis kahwin ni.....Bagi yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Tahniah.

Selamat Pengantin Baru kepada Era dan pasangannya (lupa lakk namanya) dan semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat....
Yang sebelah kiri ni la Era....dan di sebelahnya adalah adik iparnya....Masa ni mereka tengah menunggu ketibaan pengantin lelaki..


yang ni adalah tempahan kek perkahwinan daripada Era (Tg Bidara). Tema dia adalah Coklat dan krim. Kek Chocolate Moist ini di toping dengan lapisan ganache dan di taburi bunga-bungaan warna krim.



Gambar close up.....


Kek Hantaran Chocolate Moist Cake untuk hantaran Era pada malam pernikahannya...



Chocolate Moist Cakes ini ditempah oleh Aisyah atau panggilan lainnya Along. Betul tak ejaan nama ko tu ?...Kira ok la ye...Selamat Hari Lahir yang ke 17...


Sunday, November 23, 2008

CARTOON CHARACTER CAKES.....

Aku masih lagi dalam proses menambah ilmu dalam bab lukis-melukis ni........Insyallah aku akan perbaiki lagi lukisan aku ni........Aku ni bukannya pandai melukis....x minat langsung wei........tapi bila aku menceburi bidang bakeri ni kena la pulak ada permintaan kek2 yang perlu di lukis, ha..ha..gelabah jugak aku dibuatnya.....mahu tak mahu aku kena pandai melukis walaupun lukisan tu aku tekap ajer....itu pun tak berapa menjadi.....

MINNIE MOUSE..........




HELLO KITTY.........





PRINCESS.......
Susah juga nak melukis gambar princess ni......ai...buruknya muka princess ni...Sorry to Shahban coz lukisan x menjadi......Tp aku akan improve dari semasa ke semasa.......

STRAWBERRY SHORTCAKES
Ni adalah kek terawal yang aku lukis.....nampak x kemas dan kosong kek tersebut.....

ROYAL FRUIT CAKES & MOCHA CAKES

Ni antara kek-kek yang pernah aku buat dulu.....Baru la ni sempat mengeditnya....


Mocha Sponge Cakes (Fresh Cream)


Royal Fruit Cakes


TEMPAHAN CHOCOLATE MOIST CAKES.........

Kek Hantaran - Chocolate Moist Cake

Kek ini ditempah oleh Era daripada Tg Bidara sebagai hantaran untuk majlis pernikahan adiknya di Rembau, N. Sembilan.

Chocolate Moist Cake ini pula ditempah oleh bakal cikgu kita iaitu Zamzarina (Jasin) untuk Hari Lahir anaknya Arif.........



Tuesday, November 18, 2008

WEDDING CUPCAKES TREE

Ni adalah produk terkini aku pada hari Ahad yang lalu di Banting, Selangor (kampung aku ler tu). Pagi tu bertolak dari Melaka jam 9.30 pg dan sampai di rumah pengantin jam 11.30 pg. Sampai je terus lay out dan sempat la juga untuk mengambil gambar tambahan pula pengantin tiba terlewat sedikit hampir jam 2.00 ptg......& Malam tu balik semula ke Melaka sbb esok kerja. sampai Melaka jam 1.00 pg.



Saturday, November 15, 2008

PROJEK TERKINI...

Minggu ni adalah minggu yang paling meletihkan bagi aku....banyak tempahan yang aku terima terutamanya cupcakes....

Ni adalah tempahan yang aku terima daripada SK Malim untuk Jamuan Akhir Tahun sekolah yang dibuat di Air Keroh Country Resor(AKCR)...Kek yang diminta adalah 2 kg Chocolate Moist Cakes. Aku fikir-fikir jamuan ni dah la nak dibuat di AKCR, takkan la keknya bentuk biasanya ajer...So aku buat la ala-ala kek kahwin dan aku sponsor lagi 1kg. Ha jadi la kek 3 tingkat ni....Kenapa aku sponsor 1 kg lagi adalah sebab kebanyakan pelanggan aku terdiri daripada guru-guru sekolah ni...Inilah tandanya terima kasih aku terhadap mereka kerana membeli kek2 aku dan seterusnya menyokong barangan buatan Muslim.....he..he..he..




Tempahan cupcakes daripada SK Taman Bukit Rambai untuk Kanak-kanak Pra Sekolah seramai 50 orang....Satu set box ini mengandungi 9 biji cupcakes...ada 50 box bermakna 450 biji cupccakes yang aku buat...wah...jenuh jugak nak melukis cupcakes ni....apalagi..dengan suamiku sekali aku mintak tolong.....Sampai tak tido malam kitaorang....

Ni yang telah siap dipacking.....



Ni la cupcakes yang aku buat khas untuk kanak-kanak Pra Sekolah dan aku telah meletakkan lilin di atas cupcakes tersebut.......



Chocolate Moist + Ganache + Buttercream Cupcakes ni pulak ditempah oleh guru di SK Tmn Bukit ...lupa pulak namanya. Layan........



Chocolate Moist Cakes ditempah oleh Kak Ainon drpd SK Tmn Bukit Rambai...Katanya nak bawak balik ke Kedah...Jauh juga kek ni nak berjalan ye...Harap-harapnya selamat kek ni sampai ke destinasinya....





Minggu ni banyak pulak tempahan daripada SK Tmn Bukit Rambai....Chocolate Moist Cakes ni ditempah untuk Jamuan Akhir Tahun Kelas Pendidikan Khas sekolah tersebut...



Ha...Chocolate Moist Cakes ni di tempah oleh C. Sheila (SK Malim)..em...dua biji jugak ditempahnya....Nak bagi sape pulak la ni.....Dia ni kan pelanggan tetap setia aku....Terima kasih la sebab selalu menempah kek daripada aku ni....Dah lebih 10 biji kek jugak yang pernah ditempahnya....




C.Hasri telah menempah Kek Chocolate Moist ni untuk jamuan dengan anak-anak muridnya....




Untuk jamuan kelas akhir tahun 6 Cerdik SK Malim, C.Maznitah telah menempah Kek Blueberry....




Ni adalah 1st order daripada Kak Ramlah daripada Taman Datin Fatimah...Kakak ni adalah jiran kepada babysitter aku....


Em....tempahan pertama daripada cikgu Zaiton daripada SMK Sri Tanjong...Blueberry Cakes...


Friday, November 14, 2008

TEMPAHAN KEK MINGGU-MINGGU LEPAS

Jomla layan tengok antara kek yang aku buat sepanjang 2 minggu lepas..........

Kek Hantaran Basketweave.......

Kek ni aku buat khusus untuk sepupu aku yang kahwin minggu lepas (Kg Padang Melekek)...Dalamnya adalah Chocolate Mocha sponge cake....

Petang Khamis aku mendapat sms daripada Zunaidah (KYM)...Dia tanya boleh tak tempah kek Coklat Moist..Besok pagi nak ni.......Emmm nasib baik malam ni tak banyak tempahan...jadi aku kata boleh la......Ni la hasilnya.......


Yang ni pulak kek Black Forest yang ditempah oleh Ustaz Salimi (Tmn Sri Bayu AG) sempena Hari Lahir anak lelakinya....Dia ni salah seorang pelanggan tetap aku..........


Mocha Sponge Cakes yang ditempah oleh Cikgu Hasri ( SK Malim ) untuk meraikan kejayaan kumpulannya yang mendapat keuntungan berlipat ganda hasil jualan air sempena Hari Kantin Sekolah....Kesinambungan dengan itu beliau telah menubuhkan sebuah Kelab yang tak rasmi di sekolahnya iaitu Kelab Air Bancuh 2008.......hiduppp Kelab Air Bancuh...



Kek ini ditempah oleh Achik untuk guru kelasnya (SK Taman Bukit Rambai)......


Kek Blueberry yang ditempah oleh Cikgu Fateha (Padang Temu) untuk anaknya.....


Monday, November 03, 2008

TEMPAHAN MINGGU INI

Tensionnya aku......kenapa? sebab aku telah terdelete gambar2 kek yang aku buat dalam kamera aku....tensionnnya............Antaranya adalah gambar kek hantaran, kek kahwin dan agar2 yang aku buat untuk adik kepada officemate aku... Nasib baik aku dapat jugak gambar2 ni daripada kamera pengantin...(Tmn Bertam Malim)

Yang ni dapat daripada camera phone adik aku....Kek Kahwin bertemakan hijau...Dalamnya Coklat Moist Cake....

Ni pulak Kek hantaran bertemakan warna purple untuk diberi kepada pengantin perempuan...Dalamnya jugak Coklat Moist Cakes.

Agar-agar Cendol...........


Agar-agar Kristal...


Ha....banyak jugak tempahan daripada pengantin ni....Aku doakan semoga pasangan pengantin ini dirahmati Allah dan kekal hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru kepada Haris dan Zalipah...

Ok....ni tempahan daripada ustaz Mansur (Tmn Cempaka) untuk anaknya...Katanya tak mau tulis apa-apa kat atas kek ni....Dalamnya adalah kek Span Mocha.



Kek2 Blueberry ini ditempah oleh Cikgu Sharifah (Tmn Muzaffar Height).........


Ni pulak ditempah oleh Cikgu Aisyah ( Sungai Putat ) dan Ustzh Maznah (Tmn Cheng Setia) ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...